usahawan-muslim

Direktori Usahawan Muslim

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenanNya laman web Direktori Usahawan Muslim Edisi Internet (DUMEI) ini telah dapat disempurnakan pembinaannya pada 30hb Mac 2000 bersamaan 25 Zulhijjah 1421H.
DUMEI dibangunkan dengan tujuan untuk mengumpul dan mengerakkan semua para peniaga dan usahawan muslim ke arah kerjasama ekonomi yang menjurus kepada pembentukan masyarakat peniaga dan usahawan yang dinamik, proaktif dan berwawasan.

DUMEI merupakan satu-satunya laman web di Malaysia yang menyenaraikan nama syarikat dan produk

DUMEI merupakan satu-satunya lamanweb di Malaysia yang menyenaraikan nama syarikat, produk dan perkhidmatan yang diusahakan oleh para peniaga dan usahawan muslim. Diwaktu yang sama ianya merupakan suatu rangkaian perniagaan bersepadu di mana setiap peniaga dan usahawan muslim dapat bekerjasama dalam mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Adalah diharapkan dengan kewujudan DUMEI ini, ianya akan memberi manfaat kepada masyarakat peniaga dan usahawan disamping menjadi rujukan kepada para pengguna khususnya dikalangan umat Islam untuk mendapatkan apa sahaja produk dan perkhidmatan yang dijual atau ditawarkan oleh para peniaga dan usahawan muslim.

Sekarang ini kita sedang berada dalam ERA Globalisasi di mana mahu tidak mahu masyarakat peniaga dan usahawan muslim perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan mengenai ITdan ICT demi kesinambungan perniagaan yang hampir keseluruhannya kelak akan mengubah corak urusniaga, perhubungan, bentuk pemasaran dan sebagainya.

Justeru kemunculan DUMEI adalah merupakan usaha pihak penganjur yang merasa terpanggil untuk menyediakan suatu “Wadah Penggerak Ekonomi Ummah” yang relevan dengan perkembangan dunia perniagaan terkini. Era IT masakini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan peniaga dan usahawan muslim melalui jaringan informasi yang dibangunkan setiap hari di dalam laman web DUMEI ini.

Melalui DUMEI ini para peniaga dan usahawan muslim boleh berta’aruf(berkenal-kenalan), memperluaskan kontaks, membina rangkaian pemasaran dan perkongsian pintar, menjalin muafakat, bekerjasama dalam mempromosi dan memasarkan produk/perkhidmatan, menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan daripada usahawan yang berjaya disamping berpeluang mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Secara tidak langsung kewujudan DUMEI insyaAllah berpotensi membentuk suatu rangkaian perniagaan dan pemasaran global yang akan diterajui oleh umat Islam. Sebagai usahawan dan peniaga muslim kita harus peka terhadap keperluan bekerjasama dalam membangun dan memartabatkan kembali sistem ekonomi yang berteraskan Islam.

Kepada para peniaga dan usahawan muslim,

Marilah bersama kita mengambil manfaat daripada kecanggihan teknologi IT ini untuk membina kembali kekuatan ekonomi ummah melalui penyertaan beramai-ramai ke dalam Direktori Usahawan Muslim Edisi Internet ini. Semua ini kita usahakan bersama insyaAllah, demi melaksanakan tugas membela nasib umat Islam yang rata-rata pada hari ini ditindas, dihina dan diperbudakkan lantaran tiada pembelaan daripada mereka-mereka yang bertanggungjawab. Penyertaan anda adalah sumbangan ke arah pembangunan dan kesejahteraan ummah.

Anda boleh menyertai DUMEI ini secara percuma hanya dengan memperkenalkan dua (2) orang rakan niaga atau usahawan yang anda kenali untuk bersama menyertai direktori ini setelah anda menyertainya terlebih dahulu. Kami selaku penganjur DUMEI ini berjanji akan memberikan komisen sebanyak 50% kepada anda bagi setiap satu penyertaan syarikat ke dalam DUMEI yang anda perkenalkan. Rasanya anda tentu mengenali lebih daripada itu.

Kepada mereka yang bukan peniaga dan usahawan,

Kami juga memerlukan sokongan dan bantuan anda untuk memperkenalkan DUMEI ini dikalangan para peniaga dan usahawan muslim yang anda kenali. Kami selaku penganjur DUMEI berjanji akan memberikan komisen sebanyak 50% kepada anda bagi setiap satu penyertaan syarikat ke dalam DUMEI yang anda perkenalkan.
(Dapatkan Borang Penyertaan di laman berikut dan catitkan nama dan alamat anda pada ruangan diperkenalkan oleh:…………………) Bayaran komisen akan dipos kepada anda setelah kami menerima bayaran dari peserta yang anda perkenalkan. Anda boleh memeriksa penyertaan mereka dalam laman web kami dari semasa ke semasa.

Kerjasama anda semua dalam menyebarluaskan maklumat mengenai DUMEI ini sangat dihargai dan kami dahului dengan berbanyak terima kasih.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran” (al-Maidah:2)

“SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN AMAL KAMU”